ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 23 November 2020.
1) Joe Biden bakal namakan penasihat lama, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara AS
Presiden dipilih Joe Biden merancang untuk menamakan penasihat lamanya, Antony Blinken sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dalam pentadbiran baharunya, lapor Bloomberg, pada Ahad.
Dalam pada itu, penasihat rapat Hillary Clinton, Jake Sullivan turut bakal memegang jawatan utama dalam Kabinet Biden, iaitu sebagai penasihat keselamatan negara.
2) Enam kes positif, Shanghai laksana ujian saringan mega di lapangan terbang
Kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa di Shanghai menjalani ujian saringan besar-besaran selepas beberapa pengendali kargo dikaitkan dengan jangkitan COVID-19.
Pihak berkuasa Shanghai melaporkan enam jangkitan tempatan yang berkaitan dengan lapangan terbang pada awal bulan ini.
3) Berjaya kawal penyebaran COVID-19, Biden minta nasihat Ardern
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sedia menawarkan kepakaran negaranya menangani penyerbaran COVID-19 kepada Presiden dipilih Amerika Syarikat, Joe Biden.
Dalam perbualan telefon kedua-dua pemimpin itu, Ardern berkata, Biden sangat teruja dan berminat dengan cara New Zealand mengawal pandemik itu.
4) COVID-19: Vaksin University of Oxford 70 peratus berkesan - Laporan
Keberkesanan vaksin COVID-19 yang diusahakan University of Oxford di United Kingdom, berada pada tahap 70 peratus berdasarkan kepada ujian klinikal terhadap lebih 20,000 orang yang bergejala.
Meskipun tahapnya berada di belakang dua pengeluar vaksin, Pfizer dan Moderna yang menunjukkan keputusan 95 peratus namun vaksin dihasilkan universiti itu jauh lebih murah, lebih mudah disimpan dan boleh diedarkan ke seluruh pelusuk dunia.
5) Video misteri: Blackpink bakal anjur konsert di Kuala Lumpur?
Kumpulan sensasi Korea Selatan Blackpink tampil dengan kejutan pada Isnin apabila memuat naik satu video ‘teaser’ misteri pada laman Twitter dan Instagram rasmi mereka.
Video yang hanya berdurasi 30 saat itu memaparkan imej satelit bandar-bandar di seluruh dunia beserta dengan waktu yang sama (hanya pada zon waktu yang berbeza) untuk setiap bandar.
6) India bakal jadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 2023
India bakal menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 buat julung kalinya pada 2023 selepas Indonesia yang akan menganjurkannya pada 2022.
Perdana Menteri India Narendra Modi menyertai mesyuarat G20 ke-15 pada 21-22 November yang dihoskan Arab Saudi secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.
7) Sidang G20: Arab Saudi cadang inisiatif tangani COVID-19
Arab Saudi cadang inisiatif memperkukuh akses bagi menangani COVID-19 termasuk pengedaran alatan diagnostik dan vaksin serta memudahkan pembiayaan dana bagi persediaan pandemik.
Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman memaklumkan negara anggota Kumpulan 20 (G20) turut menyuntik AS$11 trilion ke dalam ekonomi global bagi membantu perniagaan.
8) Sidang G20: Jerman bimbang vaksin COVID-19 tidak diberi secara saksama
Canselor Jerman, Angela Merkel menyifatkan pandemik COVID-19 sebagai cabaran terbesar dihadapi ketika ini dan menzahirkan kebimbangan berhubung pengedaran vaksin yang adil dan saksama.
Merkel berkata bukan sahaja penting untuk Eropah mendapat akses kepada vaksin, malah seluruh dunia.
9) Rusia sedia bekerjasama dengan mana-mana Presiden AS dipilih rakyat
Rusia sedia bekerjasama dengan siapa sahaja pemimpin yang diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
Komitmen itu dinyatakan presidennya Vladimir Putin.
10) Koleksi kenangan Bob Dylan dijual hampir setengah juta dolar
Koleksi kenangan pencipta lagu tersohor dunia, Bob Dylan termasuk surat, lirik yang tidak diterbitkan dan lirik tulisan tangan “Blowin in the Wind” dijual dengan harga hampir setengah juta dolar, kata pelelong.
Barangan itu dimiliki rakannya yang juga ahli muzik, Tony Glover yang meninggal dunia tahun lepas.
Astro Awani
Mon Nov 23 2020
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran
AS akan terus melindungi keselamatan Israel sekalipun ketika Biden dan Netanyahu sering tidak sependapat konflik di Palestin.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan" di Gaza - Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden "marah" dan "kecewa" berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
AS hantar lebih banyak bom ke Israel
Presiden Joe Biden meluluskan perjanjian pembekalan senjata, bom dan jet tempur bernilai berbilion dolar kepada Israel secara rahsia.