ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

1. COVID-19: Kes positif global lebih 113.6 juta, korban 2.52 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.65 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

2. Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

3. Rampasan kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat

Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera.

4. Ini kisah kucing yang hilang 15 tahun, kembali ke pangkuan tuannya

Peminat kucing tentunya sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata apabila kucing tersayang yang hilang sejak kira-kira 15 tahun lalu kembali bersatu dengan tuannya.

5. Filipina terima penghantaran pertama vaksin COVID-19

Filipina menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada Ahad, antara negara terakhir di Asia Tenggara menerima vaksin walaupun jumlah jangkitan dan kematian akibat virus berkenaan merupakan yang kedua tertinggi rantau ini.

6. Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand

Thailand memulakan kempen vaksinasi COVID-19 dengan semua menteri Kabinet, pegawai kesihatan dan kumpulan perubatan antara yang pertama menerima suntikan vaksin tersebut.

7. Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis bagi menuntut peletakan jawatannya.

8. 'Umpama hantaran baton dari generasi terdahulu untuk lakar sejarah' - Harris

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berkata tiba masanya untuk generasi kini di negara itu menggunakan inspirasi perjuangan generasi terdahulu dalam melakar sejarah yang lebih baik.

9. Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri

Ayam sabung yang diletakkan pisau di taji itu dipercayai mengelar tuannya dalam kejadian di Lothunur, sebuah kampung di selatan Telangana.

10. Doktor disiasat muncul dalam perbicaraan maya semasa melakukan pembedahan

Lembaga Perubatan California dilaporkan akan menyiasat seorang pakar bedah plastik yang muncul dalam persidangan video untuk perbicaraan kes kesalahan trafik semasa sedang bertugas.