Berita yang ditularkan tentang mayat mangsa bunuh yang dikerat-kerat dan dagingnya dihidangkan kepada pelanggan di sebuah restoran vegetarian di Lat Krabang, dekat Bangkok, baru-baru ini, disahkan sebagai berita palsu, kata Polis Thai.
Sungguhpun polis mengesahkan berlaku kes pembunuhan di restoran itu, namun aspek mengerikan dalam berita itu, misalnya mayat mangsa dikerat-kerat dan dagingnya disajikan bersama mi kepada pelanggan restoran, tidak berlaku seperti yang didakwa.
"Tiada sesiapapun yang makan mi di restoran berkenaan oleh sebab tempat itu ditutup sementara bagi kerja-kerja pengubahsuaian semasa tempoh insiden itu dikatakan berlaku," kata pegawai penyiasat kes pembunuhan, Kol Charnwit Pumpho, kepada Bernama ketika dihubung di sini hari ini.
Beliau turut menyangkal dakwaan oleh laporan berita itu bahawa pelangganlah yang membuat laporan polis tentang jenayah itu selain penemuan daging manusia di dalam mi, dan menegaskan, pada masa itu, tiada pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit yang ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian.
Bau busuk dari restoran
Laporan polis itu, menurut Charnwit, sebenarnya difailkan oleh penduduk berhampiran yang terganggu oleh bau busuk yang datang dari restoran, dan membawa kepada penemuan mayat manusia di dalam tangki septik berhampiran dapur restoran.
Disebabkan gambaran salah tentang pembunuhan itu, artikel berita berkaitan kes itu menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di Thailand dan beberapa negara berjiran termasuk Malaysia, justeru menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa Thai berhubung kesannya terhadap imej serta industri pelancongan negara.
Sebaik sahaja polis menerima laporan lebih seminggu lepas, mereka pergi ke restoran itu dan menjumpai cebisan otak manusia selain percikan darah di dalam dapur restoran.
Hasil siasatan lanjut, polis menjumpai mayat seorang lelaki yang separuh reput dengan beberapa kesan tikaman, terperosok di dalam tangki septik berhampiran dapur dan kemudian mengenal pasti identiti mayat itu sebagai Prasert Inpathom, 61.
Polis kemudian menahan suspek berumur 68 tahun, yang didakwa sebagai orang terakhir dilihat berada bersama-sama mangsa.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Imigresen Thailand Mej Jen Surachate Hakpal berkata pihak berkuasa akan meneliti kesan berita palsu itu terhadap Thailand.
Ketua polis imigresen itu, yang turut mengetuai Pasukan Petugas bagi Pencegahan Jenayah Teknologi Maklumat Thailand (TACTICS) berkata pihak berkuasa akan menyiasat tujuan di sebalik perkongsian berita palsu dan sama ada ia sengaja dilakukan untuk mencalarkan imej negara ini.
"Kami akan menyiasat sama ada mereka (yang berkongsi berita palsu itu) melanggari Akta Jenayah Komputer," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Polis Thai mengesahkan pembunuhan berlaku di premis berkenaan, namun berita tentang daging mangsa dijadikan hidangan tidak benar. - Twitter @georgebkk
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.