Seorang wanita yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh bayi baru lahir itu perlu mengambil ujian kehamilan dua kali setahun sebagai hukumannya, yang pertama seumpamanya di Kanada.

Menurut peguam bela tertuduh Joseph La Leggia, ia merupakan pertama kali dilakukan di negara itu apabila hakim mengarahkan ujian kehamilan ke atas pesalah itu sebagai hukuman dan disetujui oleh pihak pendakwa raya dan peguam bela.

“Dalam kes ini, saya melihat bahawa keadaan ini adalah diterima pakai dan dia menerimanya,” katanya.

Wanita itu tidak dihalang untuk memiliki zuriat, asalkan dia akan menjalani ujian kehamilan agar tiada lagi kes menafikan kehamilan seperti yang berlaku sebelum ini,” tambahnya.

Mahkamah mendengarkan pendengaran wanita berumur 43 tahun dari Montreal itu melahirkan anak keempatnya pada tahun 2016, namun dia tidak menyedari bahawa dia sedang sarat mengandung.

Dia didapati bersalah atas kesalahan membunuh kandungan bayi pada November.

Menurut laporan Canadian Broadcasting Corporation, pasangannya menemui wanita itu berada dalam tab mandi dan pada masa yang sama bayi itu mengalami cedera teruk dan dimasukkan dalam beg plastik.

Bayi itu sempat dihantar ke hospital dan terlantar selama tiga hari, namun akhirnya bayi itu mati akibat lemas.

Ibu kepada bayi baru meninggal tersebut kemudiannya didapati mengalami masalah ‘non-psychotic pregnancy denial’ dan ‘dissociative amnesia’.

Ini kes kedua seumpamanya berlaku dalam masa terdekat di Kanada.

Kes pertama kali ialah apabila wanita menyedari bahawa dia telah mengandung selama 32 minggu apabila dia berada di hospital akibat kecederaan, menurut laporan Montreal Gazette.

Susulan laporan kejadian itu menyatakan bahawa wanita itu berada dalam pengawasan dan didapati bahawa kandungannya tidak mengalami keadaan yang tidak mengizinkan.

Pendakwa raya itu menjelaskan bahawa menghukum seorang ibu ke penjara adalah satu tindakan tidak adil terhadap ketiga-tiga anaknya.