Bintang Hong Kong popular Simon Yam Tat-wah cedera ditikam pada pagi Sabtu sewaktu menghadiri acara promosi di selatan China, lapor portal berita South China Morning Post.
Aktor berusia 64 tahun yang juga dikenali kerana menjadi duta jenama kamera Canon itu diserang semasa pembukaan pusat jualan Beijing Easyphone di bandar Zhongshan, Guangdong.
Menurut pengurusnya, pelakon itu ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.
Video itu juga menunjukkan Simon kesakitan sambil memegang perutnya.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Weibo, Simon Yam dilihat sedang berbual dengan penganjur dan tuan rumah acara selain mengagihkan hadiah kepada tetamu yang dipanggil naik ke pentas.
Namun, apabila dia menyambut kedatangan seorang lelaki berpakaian berwarna gelap, lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dan menyerangnya.
Penyerang itu juga dilihat cuba menusuk mangsa beberapa kali menggunakan pisau.
Kekecohan itu berlangsung selama beberapa saat sebelum anggota keselamatan dan pengawal peribadi datang membantu memberi perlindungan.
Penyerang itu berjaya ditangkap dan dibawa pihak berkuasa meninggalkan lokasi itu.
Media tempatan juga melaporkan bahawa pelakon tersebut masih sedar selepas ditikam.
Difahamkan Simon kini dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya stabil.
Agensi
Sat Jul 20 2019
Menurut pengurusnya, pelakon itu ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
EKSKLUSIF: Remy Ishak sahkan bernikah Sabtu ini
Aktor Remy Ishak mengesahkan secara eksklusif kepada Gempak TV dirinya akan bernikah pada 21 Ogos 2021.
Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.
Sanjay Dutt menang 'pertempuran' melawan barah paru-paru
Sanjay Dutt mengumumkan bahawa dia akhirnya berjaya menewaskan barah paru-paru yang dihidapinya baru-baru ini.
Johnny Depp hadir perbicaraan kes fitnah pukul Amber Heard
Perbicaraan kes saman aktor Hollywood, Johnny Depp terhadap akhbar The Sun UK bermula pada Selasa.
Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang
Aktor Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman.
Bintang Hong Kong, Simon Yam, cedera ditikam di perut depan khalayak ramai
Pelakon itu ditikam di bahagian perut selain cedera akibat dilibas senjata tajam di tangannya.
Sensasi watak 'jahat' filem Bond terbaharu kini di tangan Rami Malek
Watak antagonis dalam filem perisikan popular itu perlu sama menyerlah dengan watak Bond itu sendiri.
Bintang Hollywood Steven Seagal hadir bertemu peminat
Seagal berada di sini memenuhi jemputan sebagai tetamu kehormat Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA), yang berlangsung malam ini.
Keith Foo buang tatu, kini harap dapat bawa pelbagai watak
Menurut Keith, dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan tindakan itu bukan atas permintaan sesiapa.
Aktor siri TV Empire, Jussie Smollett diserang
Aktor kulit hitam siri televisyen popular, Empire, Jussie Smollett mendakwa dia diserang oleh dua lelaki tidak dikenali di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.