PASUKAN penyelamat dari badan bukan kerajaan (NGO) Sepanyol berjaya menyelamatkan seramai 134 pelarian yang cuba merentasi Laut Mediterranean dari Libya.

Bot yang dinaiki pelarian terbabit dilaporkan karam ketika cuba merentasi laut terbabit ke Itali.

Antara yang diselamatkan adalah 12 wanita, seorang wanita mengandung, 24 kanak-kanak termasuk dua yang berusia bawah lima tahun.

Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan selama dua jam selepas laporan kecemasan diterima dari Pasukan Pengawal Pantai Itali.

Kesemua pelarian dibawa ke pelabuhan Libya bagi mendapat perlindungan sementara.

Setakat 22 Disember, Itali telah menerima 118,914 pelarian tahun berbanding 179,769 yang dicatatkan tahun lalu.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa Bagi Pelarian, seramai 3,100 kematian direkodkan sepanjang tahun ini dan punca kematian dipercayai akibat lemas susulan kejadian bot yang dinaiki karam di Laut Mediterranean.