Sekurang-kurangnya 22 dikhuatiri hilang selepas selepas sebuah bot karam di Sungai Brahmaputra yang terletak di pinggir timur laut India pada Rabu.

Setakat ini, 11 orang berjaya diselamatkan manakala tiga mayat dijumpai.

Sumber polis memberitahu, bot berkenaan membawa 36 penumpang ke Gauhati, bandar terbesar di negeri Assam, dari sebuah kampung di seberang sungai itu yang melimpah akibat banjir.

Bot berkenaan dikatakan tenggelam selepas terlanggar sebuah menara untuk projek air yang sedang dalam pembinaan.

Hujan monsun tahunan kini telah membanjiri sebahagian besar India.