Pengusiran 23 diplomat Rusia oleh Britain, terang-terangan merupakan tindakan provokasi politik dan propaganda oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova.

Dalam reaksi segeranya, Zakharova berkata May sekali lagi mencetuskan provokasi yang disifatkan sangat kasar dan secara jelas diatur untuk menyerang Rusia.

Rusia katanya akan bertindak balas, setimpal dengan apa yang dilakukan Britain.

“Saya tidak fikir ia perlu mencari kata yang betul untuk menerangkannya - sama ada ia" simetri "atau" bercermin "- tetapi akan ada tindak balas dan ia akan mencukupi dan sepadan dengan apa yang telah kita dengar dari Perdana Menteri Britain hari ini," ujarnya ketika menjawab soalan dari Associated Press (AP).

Rusia juga mendakwa Britain melaksanakan hukuman tanpa bukti yang kukuh.

Britain sepatutnya menjalankan siasatan dari segenap aspek mengikut ketetapan undang-undang sebelum bertindak mengusir 23 diplomat Rusia berkenaan.

BACA: Serangan agen saraf: Britain usir diplomat Rusia

Merujuk kepada kes yang berlaku, Zakharova berkata Britain perlu melakukan siasatan dua hala dan bukan hanya di sebelah pihak sahaja.

"Sekiranya keadaan kecemasan berlaku melibatkan bahan kimia, agen beracun digunakan - terdapat mekanisme undang-undang yang berlaku sekiranya wujud pertikaian bahawa ejen ini mempunyai asal-usul asing,"tambah Zakharova.

May dalam kenyataannyaa memaklumkan Sergei Skripal dan anak perempuannya Yurlia yang berusia 33 tahun diracun pada 4 Mac di kawasan membeli-belah di bandar Salisbury, England.

Rusia bagaimanapun mengulangi pendirian menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut.

Sergei Skripal dan anak perempuannya Yurlia 33 tahun, diracun pada 4 Mac di kawasan membeli-belah di bandar Salisbury, British.

BACA LAGI: Rusia dalangi serangan ke atas bekas perisiknya - PM Britain

BACA JUGA: Lima fakta mengenai bahan kimia agen saraf 'Novichok'

"Menurut Theresa May, senjata kimia telah digunakan dan tidak ada seorang pun yang dapat mencari kamera yang merakankamkan insiden berkenaan? Tidak ada yang dapat mencari jejak apa-apa?"

"Adakah ada rakaman panggilan telefon? Mana-mana video kamera pengawasan? Apa yang ada untuk membuat kesimpulan tentang seluruh negara yang terlibat dalam ini? Tidak ada apa-apa. Apa yang ada kaitan dengan diplomat ini?" pertikai Zakharova.

Rusia pada masa menekankan dalam hal melibatkan hubungan dengan negara asing, pihak tertinggi wajar mengambil kira segenap aspek termasuk hubungan baik antara negara.

"Keamanan amat rapuh. Keadaan kedamaian tanpa peperangan mesti dijaga, bukannya membuat kenyataan sedemikian dan melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.