BERITA baik buat peminat fanatik ikon K-pop, BTS, selepas mendedahkan konsep gambar untuk pelancaran album baharu, 'Map of the Soul: Persona’, kumpulan itu berkongsi pula lebih 100 foto terbaharu
anggota itu untuk dinikmati Army di seluruh dunia.
Gambar-gambar berkenaan telah mendapat perkongsian ‘retweet’ mencecah 490,000 di laman Twitter rasmi Big Hit Entertainment (@BigHitEnt).
Versi foto konsep pertama untuk album BTS yang akan datang 'Map of the Soul: Persona' menunjukkan suasana yang meriah, berwarna merah jambu, seperti dalam satu studio penggambaran dengan menggunakan kamera filem vintaj.
Dalam konsep pertama yang dikongsi pada akaun Big Hit Twitter rasmi, menampilkan imej berswafoto kumpulan yang terdiri daripada RM, Jin, Suga, J-Hope, V, Jimin, dan Jungkook.
Imej konsep versi pertama, seperti yang ditampilkan adalah termasuk beberapa gambar yang serius, lucu dan juga imej ahli BTS itu sedang berseronok.
Sebagai tambahan kepada koleksi swafoto, konsep pertama gambar juga termasuk individu setiap orang yang menggayakan dengan cara yang unik dengan prop yang berbeza, seperti kamera vintaj, cip coklat, tongkat ‘selfie’, belon, dan juga konfeti.
Manakala, untuk versi foto konsep kedua, setiap ahli kumpulan K-pop ditunjukkan di hadapan cermin bilik mandi yang mengamalkan rutin pagi, seperti memasang gaya rambut, berpakaian, atau memakai anting-anting.
Ini adalah sisi BTS yang berbeza untuk dilihatkan oleh Army terutamanya kerana mereka biasanya dilihat memberikan penampilan ‘on point’ di atas pentas.
BACA: Temu Bual BTS di Karpet Merah Grammy
BACA: ARMY... sudahkah anda bersedia untuk comeback BTS?
Map of the Soul: Persona dijadualkan akan dilancarkan pada 12 April.
Menurut Big Hit Entertainment, album itu telah mengumpulkan sebanyak 2.5 juta pesanan dalam masa lima hari.
Ia bakal menjadi album pertama dilancarkan pada tahun ini oleh kumpulan yang pernah melakar sejarah dengan tersenarai di carta ‘Billboard’ pada tahun lepas.
Agensi
Mon Apr 01 2019
Imej baharu ikonik K-pop, BTS mencetuskan fenomena sekali lagi buat Army selepas melancarkan video treler 'comeback' yang telah mendapat 20 juta tontonan di laman Youtube. - Gambar Twitter @BigHitEnt
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
BTS dan Coldplay berkolaborasi?
Dakwaan itu muncul susulan lirik sebuah lagu baharu nyanyian Coldplay bertajuk My Universe dikatakan telah 'bocor' di laman web MatchLyric.
BTS lancar dua versi remix 'Dynamite' hari ini!
Pada tengah malam Jumaat, syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment mengumumkan di portal kelab rasmi Weverse bahawa BTS akan melancarkan 'Tropical Remix' dan 'Poolside Remix'.
BTS bakal tampil dalam dokumentari terbaharu, 'Break The Silence'
Selepas kejayaan keluaran album terbaharu yang memecah rekod jualan, kumpulan K-pop terkemuka BTS dilaporkan akan melancarkan siri dokumentari terbaharu.
COVID-19: BTS tangguh konsert jelajah Amerika Utara
Syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment berkata konsert tersebut kini ditunda ke Jun ini.
PKP: Bosan di rumah? Jom "Learn Korean with BTS" mulai 24 Mac ini!
Mulai esok (24 Mac), kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS akan mengeluarkan video berdurasi pendek untuk membantu para peminatnya mempelajari bahasa Korea.
BTS batal konsert di Seoul gara-gara COVID-19
Konsert BTS MAP OF THE SOUL TOUR - SEOUL yang pada asalnya dijadualkan pada 11, 12, 18 dan 19 April di Jamsil Olympic Stadium dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19.
Baru seminggu umum, album baharu BTS sudah terima 3.42 juta tempahan
Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertainment, album tersebut laris dijual pada minggu pertama tempahan dibuka.
BTS umum 'cuti panjang', mohon tidak diganggu peminat
Sejak muncul kali pertama enam tahun lalu, inilah kali pertama kumpulan dianggotai tujuh jejaka Korea Selatan itu mengumumkan berehat seketika daripada arena muzik.
BTS Army disajikan koleksi foto untuk album baharu Map of the Soul: Persona
Selepas treler 'comeback' daripada BTS, Army dikongsikan lagi dengan imej konsep yang menampilkan setiap ahli itu sebagai promosi melancarkan album baharu iaitu 'Map of the Soul: Persona'
ARMY... sudahkah anda bersedia untuk comeback BTS?
Treler 'comeback' Map of the Soul: Persona daripada kumpulan BTS dikatakan mempunyai petunjuk? Apakah petunjuk tersebut?