Hasrat seorang perompak bersenjata pisau mahu menyamun sebuah kedai tidak kesampaian apabila 'ditewaskan' seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang hanya 'bersenjatakan' sebuku roti.

Difahamkan perompak yang menutup muka itu mengugut pekerja Express Supermarket di Worthing, West Sussex untuk menyerahkan wang.

Namun perbuatannya disedari kanak-kanak itu yang bertindak mencapai barang berdekatan termasuk sebuku roti lalu membalingnya ke arah perompak terbabit.

Selepas cubaan mendapatkan wang gagal, perompak berkenaan berlari keluar dengan tangan kosong.

Tindakan berani hero cilik tersebut mendapat pujian ramai dan pihak polis kini dilaporkan sedang giat menjejaki perompak berkenaan. - Agensi