Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Georgia, Amerika Syarikat (AS) ditikam berkali-kali di bahagian pangkal paha dan punggung.

Walaupun mangsa selamat dalam kejadian itu, namun perkara yang menyayatkan hati adalah mangsa dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan 911 daripada ibu mangsa Brittney Jackson, 31, yang sebaliknya mendakwa mangsa ditikam dua perompak yang memecah masuk ke kediaman mereka.

Ketika disoal siasat, kenyataan diberi Jackson bagaimanapun tidak selari dengan laporan yang dibuat ketika dia melaporkan kejadian melalui telefon.

Polis yang menemu bual anak kecil itu mengaku ibunya merupakan individu yang telah menikamnya berkali-kali.

Media tempatan tidak menyatakan punca suspek bertindak demikian.

Siasatan awal mendapati Jackson mempunyai rekod perlakuan kejam terhadap kanak-kanak.

Jackson kini ditahan di Penjara Clayton County, AS.