Wabak Spidey membawa kesan buruk apabila seorang kanak-kanak lelaki bernama Valentino yang berusia lima tahun dilaporkan membunuh diri selepas gagal mendapat kebenaran ibu bapanya untuk menonton filem terbaru hero kegemarannya itu di pawagam.

Memetik petikan beberapa portal berita Indonesia termasuk kompas.com, mangsa melompat dari tingkat 19 menerusi tingkap rumahnya di Apartment Laguna, Pluit, Jakarta Utara pada Khamis.

Ibu bapanya yang mengetahui mengenai kejadian itu bergegas turun ke bawah dan membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk menyelamatkannya, namun gagal.