Seorang lelaki dianggap hero selepas menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berusia dua tahun yang lehernya tergantung di jeriji besi tingkat di tingkat empat.

Memetik China Xinhua News, kejadian berlaku apabila budak itu ditinggalkan sendirian oleh ibunya lalu memanjat tingkap rumahnya di sebuah pangsapuri di Wilayah Zhuhai China.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tergelincir dan lehernya tersangkut di jeriji besi di tingkap berkenaan.

Seorang lelaki secara tiba-tiba melihat kejadian itu terus memanjat hingga ke tingkat empat untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat seorang budak tersangkut pada bahagian leher dan tergantung di jeriji besi tingkap di tingkat atas rumahnya.

Dia dikatakan menampung budak itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menyelamatkannya sebelum diserahkan kepada ibunya.

Rakaman berdurasi 34 saat yang tersebar di media sosial mendapat reaksi positif dari netizen dan menzahirkan ribuan terima kasih atas tindakan pantas lelaki itu berjaya menyelamatkan budak berkenaan.

Dikatakan budak itu tidak mengalami kecederaan. - China Xinhua
.