Angkasawan Rusia, Oleg Artemyev telah merakamkan fenomena bulan 'lenyap' secara misteri di belakang bumi ketika ia terbenam yang dapat dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Rakaman video itu turut dikongsi di media sosial awal minggu lalu yang memberikan perspektif baharu tentang pergerakan satelit semula jadi bumi itu yang kelihatan pantas dan cepat berbanding apa yang dilihat dari bumi.

"Ia seperti denyutan jantung. Tidak lama lagi ia akan 'tiba' di atmosfera," katanya.

Menurutnya, bulan tersebut 'menyentuh' atmosfera bumi sebelum 'lenyap'.

Difahamkan, fenomena 'bulan hilang' hanya dapat dilihat daripada orbit rendah bumi.

Jelas Artemyev lagi, kelajuan video itu tidak diubah dan bulan tersebut didakwa bergerak terlalu laju sedangkan pergerakan ISS sendiri adalah 7.66 kilometer sejam. - RT.com