Pegawai Jabatan hidupan liar di Idaho diberhentikan perkhidmatan semalam selepas fotonya bersama keluarga babun dan hidupan liar yang didakwa telah dibunuh semasa aktiviti pemburuan di Afrika, September lalu tular dan mencetuskan kecaman di seluruh dunia.

Dalam surat peletakan jawatan Blake Fischer kepada Pemerintah Idaho Gabenor C. L. "Butch" Otter, beliau mengakui telah melakukan kesilapan besar sehingga mencetus kritikan kerana menyiarkan foto-foto itu.

“Saya telah membuat satu kesilapan dengan berkongsi foto pemburuan saya tanpa menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan pemburuan saya,” katanya.

Foto-foto berkenaan yang dikongsi oleh personaliti televisyen popular, Ricky Gervais menunjukkan Fischer tersenyum sambil mendongakkan kepala bapa babun yang berdarah. Ibu kepada haiwan mamalia itu pula dilihat memeluk dua ekor anaknya.

Beberapa gambar lain juga mempamerkan Fischer bersama haiwan buruan yang dibunuhnya termasuk zirafah dan harimau bintang di Namibia yang turut mencetuskan kemarahan pencinta haiwan-haiwan eksotik.

Menurut pesara Pesuruhjaya Ikan dan Permainan Gary Power, foto Fischer bersama keluarga babun itu benar-benar menyedihkan dan bercanggah dengan etika pengurusan jabatan.