Seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh teman wanitanya lalu sumbat mayat di dalam sofa.

Evgeny Malakhov, 25 tahun, melakukan perbuatan sempena ulang tahun kelahiran, Marina Abdullah, 31 tahun, di apartmen Wilayah Sverdlovsk, Rusia.

Menurut polis, mayat itu disembunyikan selama empat hari di dalam sofa dan hanya mengeluarkannya ketika dia berada di rumah.

Polis masih menyiasat tujuan atau perkara jenayah yang dilakukan ke atas mayat itu setelah dikeluarkan.

Memetik portal mirror.co.uk, kejadian awal berpunca dari pertengkaran yang akhirnya bertukar keganasan.

Evgeny dipercayai menikam Marina.

Kehilangan Marina menjadi tanda tanya rakannya, Olga Zudova setelah mangsa gagal dihubungi.
"Dia hilang dan tidak menjawab panggilan atau mesej teks," katanya.

Ibu Evgeny mula mencurigai tingkah laku anaknya dan meminta penjelasan.

"Ibunya mula mengajukan pertanyaan, dengan tenang Evgeny menjawab, dia telah membunuh Marina dan menyembunyikan di dalam sofa.

"Sepanjang masa dia berada di rumah ditemani mayat Marina," kata Olga.

Polis telah menahan Evgeny dan siasatan lanjut masih dilakukan.