Sekumpulan doktor haiwan di New Zealand melakukan pembedahan otak terhadap spesies burung terancam iaitu Kakak Tua Kakapo sebagai usaha menyelamatkan nyawa haiwan itu.

Apa yang menarik, ia merupakan prosedur pembedahan pertama di dunia dalam usaha untuk menyelamatkan spesies burung terancam.

Burung berkenaan, yang dikenali sebagai Espy 1B, menetas di Pulau Codfish di selatan New Zealand dan berada di bawah seliaan Jabatan Pemuliharaan Kakapo.

Setelah beberapa hari di situ, penjaganya mendapati terdapat ketulan luar biasa pada tengkoraknya.

Antara lain, pembedahan tersebut menggunakan teknik sama dilakukan ke atas manusia dan mamalia lain.

Spesies yang berasal dari New Zealand berusia 56 hari itu diancam kepupusan kerana pemburuan haram, kehilangan habitat dan peningkatan bilangan pemangsa.

Statistik mendedahkan, kini hanya terdapat 144 ekor Burung Kakapos yang hidup di seluruh dunia.

Kesatuan Antarabangsa Bagi Konservasi Alam (IUCN) menyenaraikan ia dalam kategori merah untuk kategori spesies burung terancam.