Tutup

Ceritalah ASEAN: Apa yang mengikat negara-negara Asia?

Ceritalah ASEAN: Apa yang mengikat negara-negara Asia?
Karim Raslan menelusuri jalanan di Kampung Selung di Selatan Jakarta, yang dihiasi Sang Saka Merah-Putih. Pasukan Ceritalah
APAKAH dia sebuah negara bangsa?

Jika ia adalah sekumpulan orang secara rawak --- apakah yang membawa dan mengekalkan mereka untuk terus bersama?

Adakah ia merupakan suatu perkongsian sejarah, agama, geografi, budaya dan bahasa? Bolehkah sebab-sebabnya hanyalah ekonomi: "Hei, kita semua membuat duit, mengapa tidak kita " lepak" sama-sama?

Begitulah, bagi banyak tempat di Asia, Ogos (dan saya tidak terlalu pasti mengapa) adalah BULAN bagi kibaran bendera, lagu-lagu patriotik dan video-video nasionalis beremosi. Dan tolonglah, kita tidak perlu dengar Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet Malaysia menyanyi (tidak merdu). Apa yang kita mahu  adalah mereka memberi tumpuan pada ekonomi.
Negara-negara sepelbagai seperti Singapura, India, Pakistan. Indonesia. Korea Selatan, Malaysia, malah Vietnam (sebenarnya sambutan mereka adalah pada 2 September, tetapi ia cukup amat hampir) menyambut Hari Kebangsaan mereka pada bulan Ogos.

Sambutan itu kadangkala mengundang kontroversi: Rakyat Malaysia terus tidak dapat putuskan "hari jadi" mereka. Adakah Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos atau Hari Malaysia pada 16 September?
Bagaimanapun, dahulu pada tahun 1990-an dan 2000-an, kita semua mula berfikir -- daripada Francis Fukuyama dan Thomas Friedman -- bahawa negara bangsa akan ketinggalan zaman.

Seorang lelaki bersama dua anaknya memakai pakaian Jalur Gemilang menunggu bermulanya perarakan sempena sambutan Hari Merdeka di Putrajaya. Pasukan Ceritalah

Globalisasi, perdagangan bebas dan sempadan terbuka akan melemahkan identiti nasional dan menggabungkannya ke dalam satu dunia tanpa sempadan yang berterusan dengan menerima manfaat dari demokrasi liberal dan kapitalisme.

Ehem... kita semua tahu apa yang berlaku kemudian.

Negara bangsa telah melawan balik. Mereka kini sihat tanpa disangka-sangka -- terima kasih sebahagiannya pada Trump -- di merata-rata tempat. Sungguhpun begitu, ia kekal merupakan konstruk ciptaan yang rapuh. Mendiang Benedict Anderson dengan kepandaian biasanya menggambarkan mereka sebagai "komuniti yang diimaginasikan."

Lagipun mereka adalah secara relatifnya suatu perkembangan baharu. "Negara" dan "bangsa" telah bergabung hinggakan kedua-duanya kini dianggap satu dan bermakna sama.

Sekumpulan kanak-kanak lelaki duduk di tepi tembok sambil menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Merdeka di Putrajaya. Pasukan Ceritalah

Hampir semua orang tinggal di salah sebuah daripada 186 negara bangsa yang wujud. Dan ketika mana negara bangsa semakin mengukuh, kehidupan mereka yang dikeluarkan (seperti orang Rohingya di Myanmar) menjadi amat teruk, kerana tanpa kewarganegaraan, seseorang tidak boleh, atau amat sedikit ruang untuk memperolehi pendidikan, kerja, harta dan perbankan.

Kolonialisme membuat kecoh di Afrika -- membawa kepada kemunculan banyak negara bangsa yang lemah. Kita di Asia boleh dihujahkan terlepas daripada keburukan kesan daripada sejarah terbaharu.

Pun begitu, satu daripada cara menilai bagi kejayaan atau kegagalan sesebuah negara adalah bagaimana mereka melayan kaum minoritinya.

Negara  perlu memiliki suatu identiti  menyeluruh yang secara relatifnya inklusif -- suatu set idea yang boleh membuatkan seseorang berperasaan ia turut adalah sebahagian daripadanya. Bagaimanakah cara lain untuk kita merancang masa depan, berkahwin, mempunyai anak dan membina kehidupan mereka?

Orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di Putrajaya. Pasukan Ceritalah

Bagaimanapun, negara-negara bangsa yang jitu tidak selalunya merupakan tempat yang selesa untuk hidup jika anda seorang minoriti.

India pimpinan Narendra Modi telah memilih jalan golongan majoriti yang agresif: penegasan hak Hindu di atas segalanya. Dengan meletakkan negeri Kashmir yang bermajoriti Muslim di dalam kepungan dengan penderaan awam terhadap orang Islam, reputasi republik itu sebagai suatu politi toleran dan sekular telah dibuang.

India juga menandakan 31 Ogos 2019 dengan menerbitkan draf akhir Daftar Nasional Kewarganegaraan. Tindakan itu didakwa untuk mengesahkan siapa yang patut menjadi warga negara, yang mempunyai potensi menjadikan jutaan orang Islam di negeri timur laut Assam, bersempadan dengan Bangladesh, tidak mempunyai negara.

Sementara politi Thailand adalah keagungan Thai dan Buddhist, peranan yang ditakrifkan oleh Raja adalah selama ini untuk membantu mengikat minoriti dengan pusat, atau sekurang-kurangnya dengan dinasti Chakri. Ia adalah suatu yang benar pada Raja Bhumipol Adulyadej -- tetapi adakah penggantinya, Vajiralongkoen mempunyai kedudukan yang dihormati seperti itu?

Sebaliknya, berbeza dengan Malaysia yang membenarkan minoritinya mengekalkan autonomi budaya mereka sementara memberikan norma keistimewaan dan menyediakan tindakan afirmatif bagi komuniti Melayu Islam yang majoriti.

Veteran tentera turut dijemput mengambil bahagian dalam perarakan Hari Merdeka di Putrajaya.  Pasukan Ceritalah


Keadaan itu bagaimanapun tidak berupaya meruntuhkan tembok kecurigaan antara mereka. Semua perkara --- dari pendidikan ke perniagaan --- kelihatannya telah dipolitikkan dan dikaumkan dalam satu perlumbaan untuk berada pada kedudukan di bawah,

Identiti nasional Vietnam telah diwarnai dengan perjuangan  menentang dominasi China, Perancis dan Amerika. Perkara itu mentakrif mereka dan mendorong mereka untuk kecemerlangan. Malah untuk menjadi orang Vietnam, ia bermakna berjuang dan bekerja (dan sejak akhir-akhir ini) untuk mengekalkan kebebasan.

Indonesia, walaupun merupakan negara orang Islam terbesar di dunia, tidak mengikat identiti nasionalnya dengan agama -- tetapi ia merupakan projek pembinaan negara bangsa oleh Sukarno dan rakan-rakan seperjuangan bermula pada tahun 1945.

Tetapi terdapat nuansa: jurang sosio-ekonomi dan budaya antara Utara dan Selatan kekal di Vietnam. Indonesia di bawah Orde Baru menekan kedua-dua identiti Cina-Indonesia dan identiti wilayah.

Kini, Indonesia mesti menangani implikasi Pilihanraya Presiden 2019 yang menyaksikan Presiden Joko Widodo ("Jokowi") menang pilihanraya semula atas sebahagiannya daripada undi orang Jawa dan bukan Islam sementara kehilangan sokongan di tempat lain khususnya Sumatera. Lagipun, kemarahan meningkat di Papua dan Papua Barat atas peristiwa yang didakwa berkaitan perkauman yang ditujukan ke atas kebanyakannya pelajar wilayah Melanesia.  

Pelajar dari Surabaya mengambil bahagian dalam perarakan Hari Merdeka Indonesia. Pasukan Ceritalah

Malah, rakyat Indonesia dan pemimpin mereka telah sentiasa berusaha untuk menepati ideologi negara pluralistik mereka, Pancasila dan cogan kata "Bhinneka Tunggal Ika" (Perpaduan dalam Kepelbagaian").

Untuk berlaku adil, keputusan Jokowi baru-baru ini, untuk memindahkan ibu kota Indonesia ke Kalimantan -- yang mana hanya 6 peratus daripada penduduk republik itu tinggal -- memperjelaskan suatu keputusan yang secara sedar untuk menolak fahaman kemajoritian.

Ia mengingatkan kembali pemilihan nasionalis awal dahulu ke atas suatu dialek Melayu yang akhirnya menjadi Bahasa Indonesia untuk menyatukan negara mereka yang pelbagai dan baharu hendak hidup, yang merupakan suatu lingua franca perdagangan yang tidak seperti bahasa Jawa boleh "dimiliki" oleh setiap orang.

Perarakan sempena Hari Merdeka berlangsung di Dataran Putrajaya. Pasukan Ceritalah

Adakah langkah pemindahan ibu kota yang sedang diusahakan itu akan mendatangkan hasil serupa memandangkan bahawa ia perlu dipupuk oleh pentadbiran lama selepas Jokowi meninggaljan jawatannya? Hanya masa akan menentukannya.

Jadi, dengan beberapa pengecualian yang jelas, keadaannya tidak kelihatan begitu baik bagi minoriti-minoriti Asia.

Tetapi sekali lagi kegagalan elit liberal global menghalang kebangkitan demagog populis yang digerakkan oleh berita tidak benar menunjukkan aliran perkembangan ini bukan terhad pada benua kita.

Di situlah di mana kita mendapati diri kita pada tahun 2019, malah ketika negara-negara kita sedang merayakan hari jadi masing-masing. Perkara kunci untuk diingati ialah pembentukan negara merupakan suatu proses yang berpanjangan, dari generasi ke generasi ketika mana kami sedang berusaha mencipta semula apa maknanya untuk kita dimiliki oleh negara kita masing-masing.


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.