PUTERA Abdul Mateen dari Brunei -- putera kesepuluh Sultan Hassanal Bolkiah --- mempunyai wajah bintang filem Hollywood dan bilangan pengikut Instagram (705,000 dan sedang bertambah) yang lebih besar daripada bilangan penduduk negaranya.
Tengku Mahkota Johor, (sebuah negeri di Malaysia selatan) Tunku Ismail Sultan Ibrahim --- seorang pemain polo yang aktif dan mengetuai Persatuan Bolasepak Malaysia -- seringkali bercakap perkara yang lebih masuk akal berbanding kebanyakan ahli politik di negaranya.
Selepas berdekad-dekad berundur, keluarga diraja Asia Tenggara mengorak langkah kembali secara dramatik dan tidak ada yang memperlihatkan keyakinan masa kini lebih daripada sambutan hebat 50 tahun Sultan Bolkiah bersemayam di takhtanya minggu lalu, menjadikan baginda raja paling lama bertakhta di dunia selepas Ratu Britain, Queen Elizabeth II.
Bankuet Negara yang dilangsungkan sempena perayaan itu dihadiri oleh orang kenamaan dari seluruh dunia, termasuk sebarisan raja-raja dari Malaysia Joko Widodo dari Indonesia, Rodrigo Duterte dari Filipina dan Kounselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi (yang kelihatan lebih seperti raja daripada kebanyakan raja-raja yang hadir).
Tetapi terdapat lebih daripada itu: di Indonesia yang merupakan negara republik, Sri Sultan Hamengku Buwono X dilantik semula sebagai Gabenor Wilayah Khusus Yogyakarta. Beliau satu-satunya daripada 34 ketua wilayah yang mengekalkan kuasa tanpa melalui pilihan raya, sebagai mengiktiraf sokongan penting bapanya terhadap Revolusi Indonesia.
Pun begitu, Sultan masih merupakan tokoh yang amat popular -- diakui sebagai benteng penting bagi menentang pengaruh luar, dan selanjutnya mengukuhkan perwatakan Jawa yang nyata kepada kota itu.
Pada sekitar waktu sama, yang merupakan penampilan titah yang jarang berlaku, Majlis Raja-raja Malaysia (terdiri daripada sembilan sultan negara itu) mengeluarkan kenyataan memberi amaran terhadap keeksklusifan agama.
Sementara itu di Thailand, satu tahun perkabungan sampai pada kemuncaknya apabila negara beraja itu bersiap sedia bagi pembakaran mendiang Raja Bhumipol Adulyadej (Rama IX) yang amat dimuliakan rakyat.
Ratusan ribu rakyat Thai dijangka membanjiri jalan-jalan Bangkok ketika seluruh negara berhenti sejenak untuk mengenang seorang raja yang telah mengemudi negara selama tujuh dekad baik semasa aman mahupun dalam kekacauan. Mereka juga menghadapi realiti bahawa puteranya, Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun (Rama X) dengan jelas merupakan tokoh yang kurang diminati.
Semakin bertambah ialah anggota-anggota muda Diraja yang kedudukannya ditingkatkan melalui media sosial. Keadaan ini memberi peluang kepada mereka suatu platform di luar lingkungan kehidupan istana yang menyesakkan.
Umpamanya, halaman Facebook kelab bola sepak Johor Southern Tigers (yang diketuai oleh Tunku Ismail sebelum baginda mengambil alih persatuan kebangsaan) telah menjadi lidah rasmi keluarga diraja negeri itu. Dengan hampir dua juta likes, jangkauan halaman itu dengan mudah menjadi lebih besar daripada saluran-saluran yang sudah lama bertapak.
Di Brunei, Putera Abdul Mateen telah menghiasi kulit depan majalah GQ. Akaun instagram baginda seringkali memaparkan posting gambar baginda memandu pesawat terbang, memegang anak harimau dan bermain polo.
Ketika mana media sosial semakin menjadi sebahagian daripada hidup kita, anggota-anggota diraja ini telah menyesuaikan diri mereka dengan teknologi. Kesungguhan dan kemahiran mereka menggunakan Facebook, Instagram dan Twitter telah melonjakkan profil mereka, menjadikan mereka bertambah popular --- hinggakan di Malaysia, mereka mengatasi golongan elit politik yang sudah tidak digemari oleh orang ramai.
Dengan keyakinan mereka yang meningkat, ada antara mereka memilih untuk menggunakan pengaruh mereka dalam kehidupan awam.
Sebagai contoh, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah menolak pengasingan agama. Apabila sebuah kedai dobi di negerinya menetapkan dasar untuk berkhidmat hanya pada pelanggan Islam, Sultan itu menitahkan (dan dipatuhi) supaya dasar itu dibatalkan, dengan menegaskan wawasannya sebagai satu Bangsa Johor --- iaitu Johor untuk semua orang Johor. Tindakan baginda kemudian dikukuhkan dengan kenyataan raja-raja yang lain, seperti mana disebut di atas.
Lanjutan daripada itu, seorang pendakwah dilaporkan dalam penggajian jabatan hal ehwal agama persekutuan mengkritik keputusan Sultan itu, dengan mengakibatkan beliau dikecam oleh para netizen yang membela keluarga diraja Johor itu.
Sultan Johor bertitah bahawa baginda akan memutuskan hubungan dengan badan agama persekutuan itu. Agamawan itu ditahan untuk beberapa hari sementara negeri Selangor membatalkan tauliahnya untuk mengajar di masjid-masjid. Tindakan berani itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bermajoriti Islam itu.
Di Yogyakarta, Sri Sultan --- yang mana keluarganya memerintah kota itu sejak 1755 --- telah menyeru supaya dilanjutkan pembekuan lesen-lesen baharu untuk hotel. Baginda juga menolak rancangan bagi jalan bertol di situ, dengan memberi alasan atas keprihatinannya terhadap pembangunan berlebihan dan kebanjiran pelancongan yang memberi tekanan pada penduduk.
Dalam landskap media Abad Ke-21 yang sering kelam-kabut dan sentiasa berubah, terdapat keluarga-keluarga diraja yang jelas mengambil peluang untuk berhubung dengan rakyat, meningkatkan imej mereka dan menegaskan semula kerelevanan politik mereka.
Tentunya, keadaan ini juga mendedahkan mereka kepada sifat bebas tanpa kawalan yang ada pada media sosial, di mana kritikan dan gangguan di kalangan pengguna, tidak dapat dielakkan.
Akhirnya, tidak dapat dielakkan, dorongan pendemokrasian media sosial boleh mewujudkan ketegangan dengan penggugatan idea tradisi kedirajaan. Beberapa netizen di seluruh rantau (terutamanya Thailand) telah menanggung akibat apabila melanggar undang-undang lama berkaitan penghinaan terhadap raja atau hasutan.
Pun begitu, ketika kerajaan-kerajaan yang dipilih menghadapi serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini berkaitan dengan integriti dan kredibiliti, populariti yang meningkat (dan kekekalan) Diraja membolehkan tokoh yang lebih cekap di kalangan mereka untuk menempatkan diri mereka sebagai hati budi sebenar negara masing-masing.
Dengan ketiadaan kuasa langsung eksekutif, mereka telah mengukuhkan pengaruh moral dan sosial mereka.
Media sosial adalah kuasa yang amat menjejaskan. Ia merobah kedudukan sedia ada. Ia mendemokrasikan gelanggang pertembungan dan menggulingkan hierarki lama. Ironinya, sekurang-kurangnya di Asia Tenggara, ia memberi laluan kepada banyak keluarga purba dan berhikayat memperoleh ruang kedua untuk memperoleh kerelevanan politik; malah pengaruh.
Bagaimanapun, adalah membimbangkan, terutamanya dalam kes Malaysia, yang mana pemimpin arus perdana telah gagal memberikan kepimpinan.
Elit yang dipilih secara demokrasi telah menjadi kolot, berfikiran sempit dan menolak secara mendalam terhadap sasaran-sasaran progresif.
Ahli-ahli politik dan kerajaan di seluruh rantau itu sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan-tindakan diraja ini: iaitu secara langsung berkomunikasi dengan rakyat, membangun tapak-tapak besar bagi memperoleh sokongan dan bertindak menentang ketidakadilan.
Pada akhirnya, berdarah raja atau tidak, institusi-institusi yang paling mampu berkhidmat untuk rakyat adalah mereka yang boleh berkembang mengikut zaman.
Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
Karim Raslan
Sun Oct 22 2017
Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai Persatuan Bola Sepak Malaysia. Foto oleh ESPNFC
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha tunai umrah
Pasangan Putera Mateen dan isteri, Dayang Anisha Rosnah sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan.
Tiada syarikat dilantik untuk projek Kereta Api Trans-Borneo - Kerajaan Brunei
Kerajaan Brunei tidak ada menawarkan atau melantik sebarang syarikat tempatan atau antarabangsa untuk melaksanakan projek Kereta Api Trans-Borneo.
Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway
Projek Trans Borneo dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - RHB Investment
RHB Investment Bank menjangkakan pelancaran Projek Kereta Api Trans Borneo tidak akan berlaku serta-merta kerana ia memerlukan persetujuan ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Projek kereta api berkelajuan tinggi, Sabah belum terima maklumat rasmi
Kerajaan Sabah belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai dakwaan sebuah syarikat dari Brunei yang mengumumkan pelaksanaan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
'Ia terlalu peribadi' - Mawar Rashid bakal jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei
Kata Mawar, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Diaspora Malaysia di Singapura dan Brunei jadi pekerja mahir atau separa mahir
Mohd Uzir berkata 39 peratus rakyat Malaysia di Singapura adalah pekerja mahir dan 35 peratus pekerja separa mahir.
BATC 2024: Skuad lelaki mudah tumpaskan Brunei
Skuad lelaki kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan bergaya selepas mudah mengecewakan Brunei, 5-0.