MUZIUM-muzium sentiasa menjadi jendela dan juga cermin: ia memberikan lensa kepada masyarakat kita serentak dengan berfungsi sebagai suatu cara merenung kehidupan kita.

Ia telah memainkan peranan lebih besar daripada keadaannya untuk membentuk kebudayaan, seringkali dengan adanya tujuan politik; Muzium Istana Nasional di Taipei adalah sebahagian daripada tuntutan Taiwan bahawa ia adalah "China sebenar", sementara Muzium Nasional Vietnam bagi Seni Halus mempamerkan apa yang ia anggap sebagai karya-karya menampilkan "perwatakan nasional" negara itu.

Di Asia Tenggara, institusi-institusi seumpama itu selalunya didominasi oleh Negara, yang menampilkan suatu naratif.

Situasi itu sedang berubah dengan cepat, bersama dengan apa yang boleh disebut sebagai suatu pergerakan kebudayaan yang melanda rantau ini.

Pada dekad lalu, muncul banyak koleksi seni kontemporari dibuka pada awam: antaranya MACAN di Jakarta, Galeri Ilham di Kuala Lumpur, The Factory di Ho Chi Minh City, MAIIAM di Chiang Mai, dan juga Bellas Artes dan Muzium Pinto di Manila.

Menampilkan artis-artis serantau dan menangani tema-tema yang berkaitan dengan konteks tempatan, muzium-muzium ini meletakkan seni dan isu Asia Tenggara ke dalam perhatian umum.

Umpamanya, MAIIAM mengadakan suatu pameran yang berani bagi menggambarkan wilayah Patani --- tempat yang penuh dengan ketegangan lama antara orang Islam dan Buddha --- merakam imej-imej kehidupan Thailand Selatan.

Dibiayai oleh pendokong-pendokong berharta (sebagai contoh: MACAN diasaskan oleh Haryanto Adikoesoea, presiden syarikat kimia dan logistik AKR Corporindo dan Pinto adalah koleksi Dr Joven Cuanang, bekas pengarah Pusat Perubatan St Luke swasta), institusi-institusi ini dicirikan dengan usaha mereka menghubungi orang ramai.

Kemasukan ke Galeri Ilham dan Bellas Artes adalah percuma sementara untuk muzium-muzium lain, bayarannya tidak lebih daripada harga tiket pawagam biasa.

Semua tempat-tempat ini sering mengadakan program yang mereka menjadi hos. MACAN lebih kepada agenda pendidikan dengan lawatan berpandu, sesi-sesi lukisan dan acara-acara berorientasikan keluarga. Sementara Ilham menawarkan aliran kebudayaan yang lebih luas termasuk persembahan muzik, bicara akademik dan tayangan filem.

Ilham mencakupi aliran seni yang luas termasuk persembahan muzik, perbincangan akademik, tayangan filem serta pameran biasa. Ceritalah/Ong Kar Jin

Ia dikuratorkan dengan baik dan direkabentuk secara teliti, ruang-ruang ini juga menawarkan tempat bagi melakukan renungan, luar daripada tenaga bandar yang membebankan.

Antaranya seperti Muzium Seni Pinto di Antipolo terletak satu jam daripada Manila adalah begitu menarik hinggakan ia menjadi tumpuan kepada pasangan yang mencari tempat yang tenang pada hujung minggu.

Begitu juga, MACAN yang begitu rapi dan suasana yang menggalakkan kunjungan adalah begitu popular hinggakan muzium itu terpaksa menggunakan langkah kawalan orang ramai pada waktu-waktu tertentu.

Dalam masyarakat kemaruk media sosial pada waktu ini, adalah nyata bahawa galeri seni ini juga menjadi tarikan kepada pengguna Instagram yang turut ingin menyertai sedikit kebudayaan.

Perkembangan ini datang dalam persekitaran yang mana seni kontemporari sering dianggap sebagai kegiatan mewah yang digerakkan oleh golongan elit.

Sementara perbezaan kelas kekal, tetapi pasukan di belakang tempat-tempat ini telah melakukan pelbagai usaha untuk mereka mudah dikunjungi oleh orang ramai.

Ini adalah pembaikan yang besar apabila melihat program-program seni anjuran kerajaan yang kurang biaya atau lebih buruk lagi, yang kurang diuruskan secara cekap. Ini mengingatkan kita terhadap kes di KL Biennale tahun lalu apabila tindakan penapisan yang keras oleh pihak penganjur mendorong tujuh artis menarik diri daripada pameran itu.

MACAN sangat menjadi tarikan ramai sehingga pihak muzium perlu adakalanya mengawal pelawat yang berkunjung. Facebook Muzium MACAN.

Sebagai perbandingan, kebebasan ekspresi yang disediakan oleh inisiatif swasta itu adalah suatu yang menyegarkan.

Sebagai contoh, Bellas Artes pada masa ini mempamerkan karya-karya oleh artis Filipino Cian Dayrit yang menunjukkan sejarah dan mitologi komuniti Ayta Magbukun di Bataan, satu kaum orang asal yang telah dipinggirkan jauh.

Tahun lalu, Galeri Ilham juga mempamerkan seni oleh dan mengenai pekerja pendatang. Suara-suara dari pinggiran ini diberi platfor yang kalau tidak, mereka tidak dipedulikan oleh kurator yang lebih konservatif.

Setiap ruang ini mempunyai kecenderongan masing-masing dan secara bersama mereka memberikan suatu kepelbagaian lensa terhadap Asia Tenggara. Naratif-naratif ini tidak memisahkan di antara satu sama lain, sebaliknya ia berinteraksi dan memperkayakan sesama mereka.

Sebagai contoh, pada Mac ini, pameran Pattani Semasa akan bergerak dari Chiang Mai ke Ilham di Kuala Lumpur dalam konteks Malaysia --- di mana soal sempadan Thai dan Thai Muslim sentiasa sensitif dari segi politik -- karya-karya itu akan dilihat dari sudut pandang berbeza.

Institusi-institusi itu dan program-programnya mencabar kita dengan pertanyaan: Apakah maknanya menjadi orang Asia Tenggara?

Dengan cara ini, ruang awam ini sedang mendemokrasikan identiti kolektif kita.

Pinto mengumpulkan hasil karya Dr Joven Cuanang, bekas pengarah Pusat Perubatan St Luke. Ceritalah/Ong Kar Jin

Di mana institusi-institusi nasional menegaskan semula status quo, tempat-tempat ini mengajak kita untuk mempersoalkan diri sendiri.

Dengan memaparkan kepelbagaian suara, ruang baharu ini menawarkan suatu perspektif yang luas, berakar umbi yang menjalar ke atas terhadap rantau kita.

Mereka mendesak kita untuk menilai semula diri kita, tidak menjadi seseorang yang berpuas hati dengan keadaan yang ada, serta untuk berfikir: ia menjadi makmal-makmal maya identiti.