Ceritalah Thailand - Adakah Thaksin masih relevan?

Ceritalah Thailand - Adakah Thaksin masih relevan?
Ketiadaan 'Thaksinomik' kini sangat dirasai oleh penduduk negara ini. Foto NY Times/Ceritalah
SEORANG lelaki telah mendominasi politik Thai untuk lebih 20 tahun; dan individu itu bukanlah raja ketika ini, iaitu Raja Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun. Sementara itu, pemimpin tentera Prayuth Chan-ocha yang tidak berupaya tetapi berniat baik, dilihat akan menjadi hanya nota kaki dalam sejarah kontemporari negara itu.

Tidak disukai oleh golongan elit, Thaksin Shinawatra, bilionair telekom yang menjadi ahli politik (dan Perdana Menteri 2001-2006) kelahiran Chiang Mai kekal hadir seperti Svengali walaupun disingkirkan dan kemudian secara berkesan dibuang negara pada tahun 2008.

Malah, parti-parti politik dengan pengaruhnya -- sama ada Pheu Thai atau Thai Rak Thai dan Parti Kuasa Rakyat -- telah menang setiap pilihan raya nasional sejak 2001. Sejak sebelas tahun lalu, beliau yang berusia 69 tahun tidak pernah secara terbuka menyatakan kembali ke negara itu, tetapi kehadirannya --- atau mungkin boleh kita sebut sebagai, “ketidakhadiran” -- tetap menjadi unsur yang memberi makna dalam kehidupan berpolitik.

Bagaimanapun dan mengapa orang ini -- seorang yang merupakan hanya rakyat biasa -- memberikan pengaruh kuat ke atas imaginasi awam?

Ini berakar daripada polisi-polisi yang memecah kebiasaan (dinamakan sebagai “Thaksinomik”) yang beliau perkenalkan semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri. Meraih kuasa hanya tiga tahun selepas Krisis Kewangan Asia 1998 yang menghancurkan, Thaksin memasuki Rumah Kerajaan dengan suatu ledakan -- ledakan populis -- menyegarkan semula ekonomi yang sudah hancur, hinggakan pertumbuhan GDP meloncat ke 6.15 peratus dalam setahun pentadbiran beliau.

Thanathorn Juangroongruangkit, pemimpin Future Forward Party, diramal bakal memenangi undi generasi muda pada pilihan raya umum akan datang. Foto cfr.org

Menumpukan pada penduduk luar bandar yang sudah lama diabaikan, Thaksin memperkenalkan satu sistem mikrokredit yang besar - Program Satu Juta Baht, Dana Satu Kampung. Tambahan pula, satu "Polisi 30 Baht” (program khidmat kesihatan menyeluruh pertama Thailand) telah mengubah kehidupan para petani yang sehingga hari ini kekal merupakan pangkalan beliau yang paling setia --- terutama di wilayah-wilayah yang kaya undi di Utara dan Timur Laut (atau Isan). Pemimpin-pemimpin lain sejak itu cuba untuk meniru model populis Thaksin tetapi tidak ada yang dapat menandingi kejayaan besar beliau.

Pun begitu, dengan Thailand semakin hampir dengan pilihan raya pertama yang dipertandingkan dalam lapan tahun, malah pemimpin yang meningkat cepat dan berpusat di Dubai menghadapi halangan. Ditambah pula perlembagaan yang telah digubal semula memperkasa unsur-unsur konservatif dan tentera di Parlimen, yang akan melemahkan sebarang hasil demokrasi.
Thaksin cuba untuk melawan balik. Dalam tindakan yang mengejutkan, salah satu wahana politik, Parti Thai Raksa Chart (TRC) berusaha untuk menamakan kakak Raja -- Puteri Ubolratana - sebagai calon Perdana Menteri.

Puteri Ubolratana dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh Parti TRC, satu cubaan oleh Thaksin untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya akan datang ini. Foto BBC/Ceritalah

Bagaimanapun, langkah yang terlampau kontroversi mengundang teguran segera dari Istana. Namun begitu, ekoran itu, pencalonannya ditolak. Menambah lagi, tamparan itu, TRC dibubarkan awal minggu ini oleh Mahkamah Perlembagaan.

Tetapi ingatan adalah pendek, ditambah pula dalam era media sosial.

Jadi, sementara banyak orang Thai biasa seperti Nirada Inruang, seorang ibu kepada seorang anak, berusia 24 tahun dan pemilik butik dari bandar raya Phitsanulak di dataran tengah menolak Jeneral Prayuth, tetapi beliau juga sukar untuk bersemangat mengenai bilionar yang dibuang negara  itu..”

Beliau menjelaskan: “Saya tidak akan mengundi Thaksin: generasi saya sukar untuk berkait dengannya. Kami terlalu muda untuk memahami politik sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Ketika itu saya hanya berusia 15 tahun apabila beliau dibuang negara.

Sebaliknya, beliau berazam untuk memberi undi pada Parti Masa Depan Maju (atau FFP) dan pemimpin kacak berusia 40 tahun -- Thanathorn Juangroongruangkit, lebih dikenali sebagai “Ake” (bermaksud kira-kira, “Bapa” ). 

Nirada, seorang pekedai di Phitsanulok, rasa kecewa di bawah pentadbiran junta yang memerintah ketika ini. Foto Ceritalah

Nirada ialah seorang daripada tujuh juta pengundi pertama kali di Thailand -- satu kumpulan yang semakin bertambah sedar politik sejak adik perempuan Thaksin, Yingluck disingkirkan daripada kuasa pada tahun 2014.

Hidup dalam jangka waktu pertumbuhan rendah dan peluang terhad, banyak orang  Thai bertambah kecewa dengan kegagalan Kerajaan untuk mengadakan perubahan besar. Bagi Nirada yang berharap untuk menjadi seorang ahli farmasi, masa depan kelihatan tidak begitu cerah dan pentadbiran  tentera masa kini harus membayar harga kerana mengecewakan rakyat.

Tambahan pula, pengundi millenial sudah kehilangan minat terhadap persaingan  antara kuasa-kuasa “baju merah” dan “baju kuning” yang satu masa dulu merupakan pertembungan hidup dan mati dengan mendominasi politik Thailand (dan terutamanya di Bangkok) untuk separuh pertama dekad ini.”

Sementara itu, dalam gaya yang kelihatan seperti Thaksin, Ake telah menjana suatu darjah keterujaan yang mengkagumkan. Beliau dan pasukannya cekap menggunakan budaya popular -- menarik ikutan yang besar melalui penularan #fahrakpor -- satu kata-kata yang dipinjam dari opera sabun popular yang bermakna “Fah menyayangi Bapa”.

"Generasi saya tidak ada ikatan yang kuat dengan Thaksin,' kata Nirada apabila diminta pandangannya mengenai bekas perdana menteri itu. 'Kami terlalu muda untuk memahami politik ketika itu." - Foto Ceritalah

Dalam tahun sejak penubuhannya, FFB menumpukan perhatian pada apa yang dikehendaki oleh pengundi-pengundi Thai. Mereka telah menyerukan supaya dilakukan desentralisasi pada kuasa, polisi-polisi yang akan membasmi (atau sekurang-kurangnya meminimumkan) ketidaksetaraan pendapatan dan memotong belanjawan pertahanan.

Perkara ini, dengan pembubaran TRC mungkin menghasilkan penghijrahan pengundi kepada FFP, terutamanya sejak “Ake” dan partinya mewakili mesej politik yang dinamik dan positif seumpama itu.

Namun begitu, pusat sokongan Thaksin di Utara dan Timur Laut, kekal tidak berganjak dan pengundi yang masih bersama Pheu Thai kelihatan bersedia untuk menuai hasil yang besar dalam bentuk undi.

Jadi, sementara “Bilionair Prai” FFP kelihatan akan menarik pengundi muda, Thaksin kekal sebagai tokoh yang perlu dikalahkan.

Pertumbuhan ekonomi terus terbantut di bawah pemerintahan junta - jauh berbeza dengan pertumbuhan yang berterusan semasa lima tahun Thaksin memerintah. Foto Ceritalah

Tentunya, kecenderongan elit Thai untuk menekan kehendak rakyat, pilihan raya yang akan datang ini boleh membuktikan ia hanya lebih sedikit daripada suatu usaha lemah kerana pakatan pemimpin tentera, istana dan birokrasi akan tentunya bergerak di belakang tabir untuk menghalang suatu undi rakyat..

Maka suatu kembalian seperti Mahathir Mohamad bagi Thaksin besar kemungkinan tidak berlaku.

Bagaimanapun, pilihan raya 24 Mac ini akan menyaksikan (tanpa diragukan, melalui sedikit campur tangan elit) kemunculan seorang klon Thaksin --- “Ake” yang berkarisma dengan agenda reformasi yang bersemangat.


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.