Kira-kira 15 jadual perlepasan dan tiga ketibaan, dilewatkan dan tujuh lagi penerbangan diubah haluan daripada Lapangan Terbang Changi, disebabkan cuaca buruk dan aktiviti dron haram, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Isnin.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, waktu ketibaan dan perlepasan penerbangan telah diaturkan dengan berhati-hati untuk satu tempoh singkat antara jam 2007 (8.07 pm) dan jam 21:07 (9.07pm)," kata CAAS bagi menjawab soalan media mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam.
CAAS memaklumkan yang siasatan kini sedang dijalankan.
Orang ramai diingatkan pihak berkuasa mengambil perhatian berat terhadap penggunaan pesawat tanpa pemandu, yang boleh mengancam penerbangan atau membahayakan keselamatan orang lain, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
"Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih S$20,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali," kata pihak berkuasa itu.
Minggu lepas, CAAS mengesahkan pengesanan penerbangan dron di dalam kawasan Lapangan Terbang Changi pada 18 dan 19 Jun lepas, yang menyebabkan lapangan terbang itu beroperasi dengan satu landasan.
Kira-kira 37 jadual penerbangan ketibaan dan berlepas telah dilewatkan dan satu ketibaan telah di ubah haluannya ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2019
Kira-kira 37 jadual penerbangan ketibaan dan berlepas telah dilewatkan dan satu ketibaan telah di ubah haluannya ke Kuala Lumpur. - Foto fail
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Singapura henti kenaikan fi berjadual kepada syarikat penerbangan
Ia bertujuan mengurangkan impak signifikan pandemik COVID-19 terhadap industri penerbangan.