CHINA melancarkan roket paling berkuasa di dunia dalam langkah penting republik itu ke arah misi terancang ke Marikh menjelang 2020.

Roket Long March 5 membawa beban satelit ujian, berlepas dari tapak pelancaran Wenchang di pulau selatan Hainan jam 8.45 malam waktu tempatan.

Agensi berita Xinhua melaporkan selepas lebih 2,000 saat atau 33.3 minit, satelit Shijian 20 dihantar ke orbit yang ditentukan.

Kejayaan berkenaan menjadi kunci utama untuk cita-cita tinggi China bagi merealisasikan misi ke planet merah itu tahun depan.

China turut berharap memiliki kru angkasa lepas menjelang 2022.

Antara lain, roket Long March 5 ditugaskan dengan misi penting termasuk melancarkan kapal angkasa Marikh pertama China, Chang’e-5 dan modul utama stesen angkasa lepas dikendalikan manusia.