China melaporkan lima kes baharu COVID-19 pada Sabtu, kurang berbanding lapan kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), dua daripada kes itu merupakan kes import manakala selebihnya merupakan jangkitan yang berpunca daripada kes tempatan di bandar Jilin.

Ketiga-tiga kes import yang berpunca di sebuah daerah di kota Jilin yang disebut Fengman, itu kini dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

Penduduk juga dinasihatkan untuk tidak meninggalkan bandar dan sesiapa yang perlu keluar mesti memberikan keputusan ujian negatif yang diambil dalam 48 jam sebelumnya.

Jumlah kes yang disahkan di tanah besar China kini berjumlah 82,947 dengan jumlah kematian sebanyak 4,634.

Penasihat perubatan kanan kerajaan China, Zhong Nanshan memaklumkan risiko gelombang jangkitan kedua masih ada.

Ia kerana, jelasnya, majoriti masyarakat di China ketika ini masih terdedah kepada jangkitan COVID-19.