Memang berharta namun sudah jadi perangai tuan punya badan untuk berjimat-cermat!

Siapa sangka bintang filem Hong Kong, Chow Yun-Fat, 63 tahun selesa mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Beliau dilaporkan lebih gemar menikmati makanan di gerai dan menggunakan telefon bimbit yang sama lebih 17 tahun!


Baru-baru ini, isteri beliau Jasmine Tan mendedahkan suaminya yang cukup sinonim dengan filem, 'Crouching Tiger Hidden Dragon’ itu baharu sahaja dapat menukar telefon bimbitnya kepada sebuah telefon pintar selepas yang lama rosak.

Bernilai lebih RM2.97 bilion, Chow masih menganggap dirinya sebagai individu biasa.

Sering dilihat menaiki kenderaan awam dengan memakai pakaian lama, Chow pernah dilaporkan berkata pakaian bukan untuk menunjuk-nunjuk, namun memadai dengan keselesaan bila memakai.