PENGARAH Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde mengumumkan bakal melepaskan jawatannya berkuat kuasa 12 September ini.

Perkara berkenaan diumumkan beliau sendiri menerusi laman Twitter miliknya.

Katanya, hasrat untuk berundur itu sudah pun dimaklumkan kepada Lembaga IMF.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan IMF serta semua 189 negara anggotanya.

Lagarde pernah memegang jawatan sebagai Menteri Ekonomi Perancis sejak tahun 2007 hingga 2011.

Sebelum itu, beliau pernah memegang beberapa portfolio kementerian penting.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah Urusan IMF sejak 2011, merupakan wanita pertama mengetuai institusi itu.









Beliau juga merupakan menteri kewangan wanita pertama dalam kalangan lapan ekonomi paling maju atau G8.

Terdahulu, Lagarde dilaporkan akan dilantik sebagai Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) pada November akan datang.