Cikgu 'kaki porno' tetak mati isteri dan anak sebelum bunuh diri

|

Alan Hawe (kiri) bunuh semua ahli keluarganya sebelum bertindak bunuh diri - Gambar Irish Mirror

MALU selepas ‘wajah’ sebenarnya terbongkar, seorang penolong pengetua di sebuah sekolah di Cavan, Ireland bertindak di luar jangkaan dengan membunuh seluruh anggota keluarganya sebelum membunuh diri.

Alan Hawe, 40 tahun, bertindak demikian kerana malu dengan masyarakat setempat selepas ditangkap sedang beronani sambil menonton video lucah ketika bertugas dan dikenakan tindakan disiplin.

Memetik laporan The Irish Sun, Hawe menetak isterinya Clodagh, 39 tahun, tiga anaknya Liam, 13, Niall, 11, dan Ryan, 6, sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.

Jenayah kejam itu dilakukan 26 Ogos 2017 dan didedahkan dalam sesi inkues pada Selasa.

Hawe mengalami masalah ketagihan menonton filem lucah dan ia mengakibatkan hubungan dengan isterinya tegang.

Siasatan mendapati, Hawe menggunakan beberapa bilah pisau, sebilah kapak ketika membunuh anggota keluarganya.

Berdasarkan bahan bukti Hawe memilih untuk membunuh isteri dan anak sulungnya terlebih dahulu kerana bimbang mereka mampu untuk melawan atau mendapatkan pertolongan.

Kesemua mayat ditemui di kediaman mereka di Oakdane Downs, Barconey oleh ibu Clodagh, Mary Coll.

Mayat Clodagh ditemui berbaju tidur dan memakai gaun serta terduduk di atas sofa dengan kesan tetakan kapak dan tikaman.

Sementara ketiga-tiga anaknya ditemui dengan beberapa kesan tikaman selain leher mereka dikelar.

Rekod perubatan dan nota kaunseling membuktikan Hawe menyembunyikan masalah kemurungan dan sakit mental yang teruk daripada pengetahuan orang sekelilingnya.

Malah ahli psikoterapi yang pernah merawatnya mendedahkan kepada mahkamah Hawe pernah berkata “Orang fikir saya sebagai kekuatan masyarakat, namun mereka tidak tahu siapa saya sebenarnya.”


Outbrain