Setiap sukan Olimpik dipromosi dengan logo unik yang kadang-kadang menimbul pelbagai kontroversi apabila di perkenalkan seawal mungkin.

Walaupun Olimpik Tokyo 2020 masih setahun lagi tetapi logo Olimpik seterusnya – Paris 2024 sudah banyak menarik perhatian, sama ada pujian mahupun cacian.

Logo Paris 2024 memaparkan imej Marianne – simbol keperkasaan wanita dan ikon kebebasan sejak zaman Revolusi Perancis 1789.

Corak pingat juga direka menggunakan garisan melakar rambut dan bibir Marianne yang turut membentuk obor Olimpik.

Perkataan Paris 2024 dimuatkan dalam gaya paparan atau font` art deco’ yang mula wujud dan popular pada 1924 – kali terakhir Paris menjadi tuan rumah sukan Olimpik.

Sebagai yang dijangka, pelbagai reaksi diterima apabila logo Paris 2024 didedahkan untuk tatapan umum – ada yang bersorak menyokong, ramai juga mencemuh membantah.

Antara yang paling kreatif termasuk troll internet menyamakan logo Paris 2024 dengan aplikasi mencari teman, Tinder.

Ada yang menyarankan satu versi yang menggunakan imej lelaki sebagai saingan kepada aplikasi khas bagi kaum Adam kesunyian iaitu Grinder.

Reaksi pelbagai ini bukan asing kepada penganjur sukan Olimpik sebelum ini – logo London 2012.

Reaksi pelbagai ini bukan asing kepada penganjur sukan Olimpik sebelum ini – logo London 2012.

Apapun, mungkin sebelum bermulanya sukan Olimpik setiap empat tahun, pingat emas untuk kategori `Kesabaran Tinggi’ sudah tentu milik penganjur.

Ini kerana berapa hebat atau lebat tentangan menghujan, tiada satu pun penganjur ambil kisah melayan bantahan.