SEBUAH kapal persiaran dengan bendera Malta tiba di pelabuhan utama di Greece pada Selasa bagi membolehkan penumpang dan anak kapalnya menjalani ujian saringan COVID-19.

Kapal Mein Schiff 6 yang dikendalikan TUI Curises itu memulakan perjalanan di Herklion di selatan Greece pada Ahad malam membawa 922 penumpang dan 666 anak kapal.   

Ia dijadualkan untuk meneruskan pelayaran ke Piraeus kemudian ke kepulauan Corfu.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini ujian saringan sudah dijalankan terhadap 150 anak kapal dengan 12 daripada mereka didapati positif.

Mereka sudah diasingkan untuk menerima rawatan.