ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 18.6 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.8 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.8 juta kes dan India 1.9 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 864,000 kes dan 521,000 kes.

Tujuh negara lain termasuk Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.

Iraq, Kanada, Indonesia, Filipina dan Qatar merekodkan angka jangkitan melebihi 100,000 kes.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.