ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kematian lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 278,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka korban 30,000 manakala dua lagi melepasi 20,000 kes kematian.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara dengan lebih 78,000 kematian.

United Kingdom dan Itali melepasi angka 30,000 korban dengan keseluruhan masing-masing 31,000 dan 30,000 kes.

Negara di kedudukan keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan kira-kira 26,000 kes maut.

Brazil pula sudah mencatatkan 10,000 kes kematian.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 10,000.