ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat sebanyak 5,000 dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kematian global terkini adalah sebanyak 484,880 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 122,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 53,000 dan 43,000 korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Mexico merekodkan 23,000 kematian.