ANGKA kematian global akibat COVID-19 meningkat 6,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global terkini mencecah 479,310.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 121 ribu kes.



Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan angka korban pada 52,000 dan 43,000.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Mexico negara terakhir merekodkan angka kematian melepasi 20,000 kes dengan keseluruhan lebih 23,000 kes.