ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat koronavirus tersebut kini mencecah 987,036.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 203,000 kes, diikuti Brazil dengan 139,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 92,000 dan 75,000 angka korban.

Sementara itu, United Kingdom mencatatkan 42,000 kes, manakala Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.

Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 24,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.