JUMLAH mangsa wabak jangkitan COVID-19 mencatat angka melebihi 100,000 pada Jumaat di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa langkah keselamatan dipertingkat agar dunia dapat bersama-sama membendung wabak ini daripada terus menular.

Negara yang mempunyai bilangan mangsa paling tinggi selain China setakat ini ialah Korea Selatan, Itali, dan Iran.

Beberapa negara seperti Cameroon, Togo dan Peru hari ini mengesahkan kes pertama jangkitan wabak itu, manakala Belanda mencatatkan kes kematian pertama akibat wabak berkenaan.

BACA: COVID-19: 28 kes baharu, Malaysia catat peningkatan tertinggi dalam sehari

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 28 lagi kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara kini adalah sebanyak 83 kes.

Berikut adalah bacaan terkini mangsa wabak COVID-19 setakat jam 10 pagi pada Sabtu.