Angka korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 958,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 199,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 136,000 kes manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 86,000 dan 73,000 angka korban.

United Kingdom mencatatkan angka 41,000 kes.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran dan Colombia merekodkan angka lebih 23,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.