China melaporkan enam kes baharu COVID-19 membabitkan kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,698, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Sabtu.

Lima kes baharu dilaporkan di Shanghai dan satu di Hainan pada Jumaat.

Sementara itu dua kes disyaki diimport dilaporkan di Shanghai, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah kes import, 1,652 pesakit sudah dibenar discaj dan 46 lagi masih dirawat dengan tiga berada dalam keadaan kritikal, tiada kematian dilaporkan.

-- BERNAMA