BEIJING:China sekali lagi memberi jaminan akan mengedarkan vaksin COVID-19 kepada seluruh dunia sebagai tanda kebajikan awam secara global.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin memaklumkan, vaksin itu juga akan dipastikan mudah didapati dengan harga yang berpatutan kepada negara-negara membangun.

Wang menjelaskan perkara tersebut dalam satu sidang akhbar sebagai mengulas laporan media antarabangsa yang menyatakan harga vaksin dari China akan lebih tinggi berbanding negara maju seperti negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Wang pada masa sama menyifatkan laporan tersebut tidak berasas.

"Bagi memastikan pandemik ini dapat dikawal dalam masa terdekat, China terus berusaha setiap minit dalam mempercepatkan kajian dan pembangunan vaksin COVID-19.

"China juga sudah mengisytiharkan, selepas selesai kajian dan pembangunan serta boleh digunakan, China akan membuat kebajikan awam secara global dengan memastikan vaksin itu mudah didapat dan harga yang berpatutan terutama kepada negara maju," jelasnya. 

Wang turut memberi jaminan China akan berpegah teguh kepada pendirian itu bagi memastikan pandemik ini berakhir.