BILANGAN kes positif COVID-19 di Columbia kini melepasi paras satu juta setakat Ahad, menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut.

Ia sekali gus menjadikan negara itu sebagai yang kedua di Amerika Latin merekodkan kes melebihi sejuta selepas Argentina.

Negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 50 juta itu menyaksikan peningkatan dalam kes jangkitan COVID-19 pada Ogos dan mencatatkan penurunan kes sejak itu.

Bagaimanapun, negara itu terus merekodkan sekitar 8,000 kes jangkitan baharu setiap hari.

Columbia menjadi negara kelapan di dunia melepasi angka 1 juta selepas Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol.

BACA: COVID-19: Kes jangkitan di AS cecah satu juta

BACA: Kes COVID-19 hampiri 14 juta, India negara terbaharu rekod 1 juta jangkitan


BACA: COVID-19: Perancis negara ketujuh catat angka 1 juta kes


Peru dan Mexico masing-masing dijangka akan mencapai 1 juta kes positif COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu.

Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama mencatat kes positif COVID-19 sebanyak sejuta pada 20 Oktober lalu.

Secara keseluruhan, Amerika Latin terus merekodkan bilangan kes tertinggi dengan lebih 100,000 kes jangkitan disahkan setiap hari.