India merekodkan 49,931 lagi kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah terkini postif COVID-19 di negara itu meningkat kepada 1.4 juta kes.

India kekal menjadi negara ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Bagaimanapun, dengan 32,771 kes kematian dilaporkan di seluruh india, angka korban di negara itu jauh lebih rendah dari dua negara tersebut.

Dalam pada itu, kemudahan ujian yang mula beroperasi pada Isnin akan membantu pihak berkuasa mengesan virus tersebut.

Ujian saringan itu ditempatkan di Noida, pinggiran New Delhi, dan di kota-kota Mumbai dan Kolkata.

Ia mampu menganalisis 10,000 ujian setiap hari.

Pada Ahad, Ketua Agensi Penyelidikan Perubatan India memaklumkan, negara itu menguji sekitar 515,000 sampel untuk COVID-19.