ITALI sedang merancang melaksanakan sekatan baru di seluruh negara berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menurut Menteri Kesihatan Roberto Speraza, Itali perlu menambah sekatan selepas melonggarkannya selama beberapa minggu bagi mengelakkan penutupan peringkat nasional.

Katanya, kini terdapat keperluan perubahan serta bukan melihat kepada adaptasi masa lalu, namun untuk memastikan kes dapat dikawal.

Itali merekodkan angka jangkitan baharu COVID-19 melebihi 5,000 selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat lalu.

Angka itu adalah yang tertinggi sejak Mac lalu apabila Itali dilanda puncak wabak berkenaan.

Menurut Speranza, beliau mencadangkan supaya parti tertutup dilarang manakala waktu operasi bagi bar dan restoran di Rom akan dihadkan.

Langkah sekatan lain termasuk sukan melibatkan sentuhan fizikal dan sukan yang tidak dapat memakai pelitup muka.

Kata Speranza lagi, sekatan tempatan yang bersasar akan dikenakan pada masa akan datang jika timbul situasi kritikal.