DATA terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu COVID-19 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan rekod itu, Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.08 juta kes positif.

Ia diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.29 juta dan India 1.3 juta.

Sementara itu, Rusia pula melepasi angkat jangkitan setengah juta dengan merekodkan 799,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Dalam pada itu, 11 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman, Bangladesh dan Colombia.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.