Kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 172 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 38 kes baharu dicatatkan hari ini.

"Jumlah saat ini 172 kes, semalam (Selasa) 134 kes, di mana kes meninggal (akibat virus itu) kekal lima kes," katanya dalam siaran langsung menerusi Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini.

Beliau berkata pertambahan kes itu melibatkan Provinsi Jakarta, Jawa Timur, dan Jawa Tengah.

-- BERNAMA