DALAM tempoh 24 jam yang lalu, terdapat pertambahan sebanyak 80,000 kes positif COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut data dari Johns Hopkins University, jumlah keseluruhan kes positif akibat jangkitan koronavirus tersebut kini melepasi 4.23 juta kes.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.35 juta.

Empat negara kini mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Sepanyol, United Kingdom, Rusia dan Itali.

Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Brazil, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai angka positif COVID-19 di bawah 85,000.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.48 juta kes.

Setakat ini, 187 negara mencatatkan kes pandemik tersebut.