ANGKA jangkitan akibat pandemik COVID-19 terus meningkat.

Data dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia kini melepasi 4 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.32 juta.



Data dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4 juta kes.
Empat negara kini melepasi angka 200 ribu kes iaitu Sepanyol, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Perancis dan Jerman masing-masing merekodkan 177,094 dan 171,780.

Ini diikuti dengan Brazil, Turki dan Iran.