JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di peringkat global ketika ini semakin menghampiri 40 juta berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, kes positif di seluruh dunia ketika ini berjumlah 39,580,502.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk dengan 8,100,662, diikuti India dengan 7,432,680 kes dan Brazil 5,224,362.

Sementara itu, jangkitan COVID-19 di Rusia telah melepasi angka 1 juta dengan 1,376,020 kes direkodkan.

Sementara itu, Argentina, Columbia, Sepanyol dan Peru melepasi angka setengah juta kes, begitu juga Perancis, Mexico Afrika Selatan, United Kingdom (UK) dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Kanada, Belgium, Romania, Maghribi dan Poland.

Terdapat juga beberapa negara lain yang masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 termasuk Portugal, Costa Rica dan Jepun.

Sementara itu, statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini sebanyak 1,108,215.

AS terus merekodkan angka tertinggi dengan 219,156 kematian, diikuti Brazil dengan 153,675 kes dan India 112,998.

Mexico pula merekodkan 85,704 kes kematian dan UK 43,669.

Itali, Sepanyol, Peru, Perancis dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.

Negara yang melebihi angka 20,000 kes korban adalah Colombia, Argentina dan Rusia.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000.