KES positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.82 juta orang dengan pertambahan lebih 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini 10 negara dengan pertambahan Iran.



Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini 10 negara dengan pertambahan Iran.
Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.25 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 iaitu Sepanyol dengan 220,000, Itali (215,000) dan United Kingdom (207,000) kes positif.

Sementara itu, Rusia merekodkan 177,000 kes positif manakala Perancis 174,000, dan Brazil 169,000.

Turki, Brazil dan Iran pula mencatatkan 133,000, 127,000 dan 103,000 kes jangkitan.

Pesakit yang telah sembuh akibat virus itu juga dilaporkan meningkat kepada 1.27 juta kes.