JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini meningkat kepada 8.42 juta kes.

Menurut data terbaharu daripada Johns Hopkins University, ia menyaksikan peningkatan kira-kira 200,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.18 juta kes.


Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini meningkat kepada 8.42 juta kes.
Brazil dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing mencatatkan 955,000 kes dan 560,000 kes.

Negara keempat merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan lebih 366,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol, Itali, Peru dan Chile.

Sementara sembilan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Iran, Jerman, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi dan Kanada.