JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini meningkat kepada 8.55 juta pada awal pagi Sabtu.

Data terbaru Johns Hopkins University menyaksikan peningkatan kira-kira 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.2 juta kes.

Brazil dan Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing mencatatkan 978,000 kes dan 568,000 kes.

Negara keempat merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan lebih 380,000 kes.

Enam lagi negara merekodkan angka melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol,Peru, Itali, Chile dan Iran.

Sementara itu, sembilan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Mexico, Pakistan, Arab Saudi, Kanada dan Bangladesh.