KES positif COVID-19 di seluruh dunia meningkat lagi dalam masa 24 jam yang lepas dengan jumlah kumulatif kini melepasi 4 juta kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, 10 negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes, dengan pertambahan satu negara daripada sebelumnya, iaitu Iran.

Amerika Syarikat kekal satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.307 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes positif iaitu Sepanyol 222,000, Itali 218,000 dan United Kingdom 216,000.

Sementara itu, Rusia, Perancis dan Jerman masing-masing merekodkan 198,000, 176,000 dan 171,000 kes positif.

Manakala Brazil, Turki dan Iran mencatatkan 155,000, 137,000 dan 106,000 kes positif COVID-19.

Pesakit yang telah sembuh akibat virus itu juga dilaporkan meningkat kepada 1.36 juta kes.